9/23/2009

satu pagi yang menarik

cuaca di luar sejuk. awan kelabu. cuaca biasa bila musim berubah. selamat jalan musim panas, selamat datang musim luruh. kalau dulu matahari boleh tersenyum sehingga 9 malam, kini tidak lagi. matahari hanya sesekali tersenyum di balik awan kelabu. daun2 mula berguguran sana sini. saya akur menunggu bas yang belum kunjung tiba.jika minggu lepas emosi saya kurang stabil. amarah, kecewa menyelubungi diri. ada dua perkara yang mengganggu kecerian aidilfitri saya. pertama, idea kajian lanjutan saya 'dicuri' orang. dan kedua kek yang saya bakar tidak menjadi. mungkin ada perkara yang ketiga, tetapi..hmm biar saya abaikan.

bercakap tentang harta intelek, saya belajar sesuatu yang baru. secara umumnya saya pernah berdiskusi bersama2 seorang penyelidik di sini yang bukan daripada grup saya. mungkin disebabkan saya kurang ilmu saya bercerita tentang kajian yang ingin saya lakukan. dan jumaat lepas, apabila saya berjumpa dengan seorang penyelidik lain untuk membincangkan penggunaan bahan kimia yg dihasilkan dia memberitahu yang semua bahan2 tersebut telah diambil, dan kajian telah dijalankan oleh seorang pelajar dibawah seliaan penyelidik pertama. berita itu bagaikan satu tamparan hebat buat saya. saya geram, bengang dan kecewa disebabkan saya telah membuat sedikit persediaan bagi kajian lanjutan saya.

lanjutan daripada itu ada perkara ketiga berlaku, namun saya cuba untuk tidak mempedulikannya.lanjutan daripada perkara2 tadi, menyebabkan kek saya kurang menjadi, walaupun sedap, namun tidak menepati piawaian saya. hmmm mungkin emosi terganggu agaknya? semalam saya berjumpa dengan penyelia saya. kami berbincang. nampak riak2 kecewa diwajahnya apabila saya memberitahu idea saya telah 'dicuri' orang. berbincang dengan orang yang hebat, dia kemudiannya mengutarakan satu idea yang saya tak pernah terfikir atau tidak pernah tahu. lebih mudah ideanya berbanding dengan idea saya yang sedikit 'complicated'saya berjalan keluar dari bilik penyelia saya dengan hati yang agak lapang. belum tentu idea ini menjadi, namun dia memberikan sesuatu harapan.

mungkin dalam penuh emosi saya terlupa dengan ayat al-quran yang pernah saya baca. kalau tak silap dalam surah al-baqrah lebih kurang begini tafsirnya ' barangkali sesuatu yang kamu sukai tidak membawa kebaikan kepadamu, sedangkan apa yang kamu tidak sukai membawa kebaikan kepadamu, maha suci allah yang maha mengetahui segala sesuatu'.memang betul. dalam kealpaan kadang2 saya tidak berlapang dada menerima sesuatu ketentuan.

astaghfirullah. tak semua yang kita inginkan kita akan dapat. dan mungkin sesuatu yang saya terlalu inginkan tidak akan membawa kebaikan kepada saya. moga saya sentiasa bersyukur dan redha dengan apa yang telah ditentukan buat saya.dari jauh kelihatan bas bergerak perlahan. saya mendongak ke langit. masih kelabu. moga matahari tersenyum walaupun terlindung di balik awan, kerana saya gembira menjadi

1 comment: