8/23/2009

chronicles of mat: ramadhan

perrghhh...mula2 tengok jadul ramadhan, terkojut bosa den. 16jam lebih den akan berposo kek UK ni? mak aiii mampu ko den bertahan lobih onam boleh jam tak makan nih?

sehari sebolum ramadhan
den ghaso nak melahap sumo makanan kek dopan mato den. selambo den boli 4 tin air kelapo kek kodai cino. perrghhh napsu2

masa sahur hari pertamo
den makan agak2 la jugak, kira untuk bekalan esok skali gamak eh.

tengahari ramadhan
kol doblas setongah perut den dah nyanyi lagu2 sendu. lapar la pulak! ghaso nak poie kodai yo boli makanan. kalo kek msia ado penguat kuasa agama, kek sini sapo kesah? isk isk memang la orang akan kato, ado aku kesah? tapi mano den nak nyuruk? allah nampak kan kan kan

berbuko ramadhan
dongar2 yo azan den makan apo2 yg patut, kurma limo nam biji dan makan laie. nasib baik den buleh laie solat terawikh

kesimpulan puaso hari pertmo
ok laa, walaupun 16 jam lobih, tapi masih boleh bertahan. ghuponyo allah bagi kesenangan walaupon maso berpuaso nampak panjang. moga2 allah beri den kekuatan untuk meneruskan laie baki hari2 bulan yang mulio ini

8/20/2009

hidayah allah

masa aku budak2 dulu, aku selalu dengar lagu raihan, iman mutiara nyanyian kumpulan nasyid raihan.
iman adalah mutiara....
iman tak dpat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa
iman tak dapat dijual beli
ia tak dpat di tepian pantai

sesungguhnya hari ini aku menyaksikan kebenaran lirik di atas. allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki...hidayah allah milik DIA sepenuhnya. dan aku terkesima, betapa islam yang diwarisi daripada kedua org tua aku ini kadang2 tidak dihargai. aku islam tanpa melalui satu proses yang susah untuk mendapatkannya.

maha suci allah, dia yang memiliki segalanya. moga aku juga turut diberikan hidayah seumpama saudara baru yang allah campakkan hidayah di dalam hatinya...

8/19/2009

chronicles of Mat: adoii laa

summer kat UK memang best. kalau berjalan kaki tak le pepeluh ketiak. angin sejuk sepoi2 bahasa (bukan bahasa urdu ok). ye lah, dah nak masuk pre autum. daun kekuningan. aku lelepak minum hot choc kegemaran sambil mengusha objek2 jelita yang berkeliaran ke sana ke mari. perrgghhh masyukkk..minum hot choc+beskot dan cuaca menariks macam ni layannn...



tetiba aku teringat nak call kak cik aku kat malaysia. semalam call sibuk memanjang. lebih daripada bini menteri! apa dibuatnya pun tak tau. 3 kali beb gua call... setiap kali dia angkat;

'sorry Mat kak cik tengah beli barang kat kedai' aku kata ok akan call balik. kali kedua 'err kak cik tengah mengemas rumah, jap lagi jiran nak datang'. sejak bila lak kakak aku jadi rajin tak hengat ni? sebagai jejaka yang hensem lagi budiman, aku mempunyai kesabaran yang tinggi... ok.. aku jawab. kali ketiga aku call.. 'Mat call kak cik sat lagi boleh, tengah nak sesembang jap' adoiii ni yang membuatkan jejaka sehensem aku marahhhh!! 3kali gua call smua bizi.. gua dengan kesabaran yang kurang mejawab 'tengok la..Matpun ada keja k'



semalam satu hari malas nak call malaysia. hari ni sambil duduk2, rerehat...baru la best call malaysia. nasib baik la kak cik tak sebizi semalam. so kitaorangpun bersembang, gegossip sesikit. kak cik minta pendapat yang aku konklusi dalam bahasa inggeris slang british yang pekat (sepekat kopi expresso) ' i don't think that's a wise idea'. kak cik bersetuju. lepas tu kami ke topik lain.. (cam blaja sejarah plak) jeng jeng jeng



'Mat kak cik dengar Kak Ngah dengan abang Long nak kenalkan Mat dengan someone eyh?' dengan hati berbunga (sebab terasa diri bagaikan lelaki pojaan malaya) 'ahhh' kembang kempis hidung aku ni. 'haiissshhh pesal nak kena orang kenal2 kan? takde taste sendiri ke? err tak leh nak ngorat sendiri ke?'



pangggg!!! terasa cam ada orang lempang je muka aku kuat2! perrghhh terasa laksana ade bulldozer yang bawak bertan-tan batu pastu hempap atas kepala aku ni! hadoiii laaa... mau je aku mandi dengan hot choc yang panas kat situ gak! hadoii laaa WHAT A LOSER! sekali lagi WHAT A LOSER! HADOOOIIII tadi punya la bangga laksana jejaka pojaan malaya..sekarang aku terasa 'saya ompama debu' (feeling jap kenyataan samy vellu)



perrghhh remuk redam rasanya. tau la kakak aku bergurau tapi gua rasa loser sangat beb! time tu jugak gua rasa nak g ngorat awek mat salih depan gua nih! satu hari gua rasa cam nk flirting jek.. takpa2 gua kena sabar. lelaki hensem biasalaa mula2 mengalah dulu sebelom dpat heroin cunnn nak mampos alaaa cam citer hindustan tu laaa hehehe..tengokla mana nak tau semalam gua takde rezeki nak mengorat awek bermata biru...mungkin rezeki gua nak dapat awek kejap lagi.... sapa tauuuu hhehehehe.....laariiik!

8/17/2009

chronicles of Mat : Aisyah

pukul 5ptg waktu UK barat. saat aku tengah mengantok tak hengat. mata pulak makin tak larat nak dibuka. aku tersengguk-sengguk bagaikan bapak ayam baru lepas balik overtime. tatkala aku mula hendak berdengkur tiba2 telefon berbunyi. dadaku lantas berdebar. aishhh ape hal pulak mak aku telefon ni? kalau kat malaysia sure dah pukul 12 pagi.

'asalamualaikum' 'waalaikum salam. errr kenapo omak call ese ni?" "mat bz ko?" "tak, tak, ese tak bz pun omak. ni tongah nak buek tahi mato ni!" aku ketawa kecil. "iyo ko? tak baik tidur waktu2 asar ni..tak elok" "hehehe iyolah omak, err..kenapo omak tak tido laie ni? dah pukul berapo ni?" "nak tidolah ni, cumo nak cakap sikit dengan mat" tetiba aja jantung berdegup kencang..dag dig dug..kenapa pulak ni? "kenapo omak?" takut gak aku, kalau2 terbuat salah ke? "tadi, omak sesembang dengan kak ngah mat, dio berkonan bonar dengan cikgu sekolag baru daftar kek sekolah dio. cantik, lomah lombut..aiisshh molek bonar kalo dijodohkan dengan mat" "ini cikgu sekolah yang abg long nak konalkan kat Mat tu ko?" "eh, tak..ini kak Mat, itu abang long Mat, lain2 sekolah". perrghhh banyak betul nak kenalkan dengan aku ni? minggu lepas abang long, minggu ni kak ngah lak...fuhyooo...tau la adik derang ni kacak.. hehehe

"iyo ko omak, hehe mano2 lah. Mat ikut yo. cuma aritu adola mat email budak tampin yang abang long nak konalkan. tengok gambar, lawa omak...aduiii mato yo bulat, cantik botul, comel lak tu!" "emmm kalau Mat dah berkonan tak yah konal cikgu ni." "mmm suko tu adolah sikit. tapi bolum tentu mat ni taste dio mak, walaupun macamano mat ni hensempun kalo bukan taste dio takkan nak pakso iyo tak?pompuan kekadang bukan suko bonar dengan lelaki2 hensem lagi baik cam Mat ni. taste derang kadang2 pelik, nak yang cam pocah ghumah tu..hehehe' "hmmm macam ni lah, kalau mat dah suko, mat tahukan jalan yo? kalau mat keliru, doa banyak2 buek solat istikarah ko apo ko..?' 'baik mak' jawabku pendek.

setelah mendapatkan contact number cikgu yang nak dikenalkan oleh kak ngah aku segera bangun untuk ke meja semula. berkemas-kemas untuk pulang. aisshhh tak habis2 keluarga aku nak kenalkan aku dengan orang itu dan ini. aku tersenyum sendirian. terasa diri seperti lelaki pujaan malaya. fuhyooo...

"asalamualaikum brother' lembut aje suara tu menegur. kalau suara dah sedap, sasah orangnya lawa kan kan? hahaha teori mano lak aku pakai ni? "waalaikum salam, eh aishah? what are you doing here?" terkejut tetiba aje awek cun muncul dari belakang. oh ye aku kenal aishah minggu lepas. baru aje sampai di UK ni. buat attachment. anak kelahiran pakistan. sweet la jugak! bertudung litup...ewaahhh terasa cam ayat2 cinta plak. "i'm preparing to go home. you are mat right?" haiyooo...awek ni ingat nama aku? hehehe sasah aku ni bukan setakat jejaka pujaan malaya dah pujaan global! hahaha. "yes, mat from Malaysia" "I know, so what do you do here?" so, kitaorangpun start bersembang...

"err, mat, i need to go home. it's already 6.30pm" perrghhh boleh aku tak sedar sembang dengan awek ni dekat 2jam?? adoii terasa masa singkat jek. mau aje aku mintak jam tangan dia, pastu aku pusing balik waktu ke belakang. best oooo....sesembang dgn awek ni...kitaorang bercerita dari study, keluarga, masalah negara, bangsa, agama. perghhhh giler ahh aku dah lama tak sesembang mutual macam ni. adala dekat setahun kot.

dengan sopan aisyah meminta diri untuk berlalu. nak ke musalla katanya.solat asar. aduhhh warak awek ni. mak aku cakap kalau nak cari bini kena cari yang solehah....isk isk isk "siapa bilang gadis pakistan tak menawan, tak menarik hati, tiada memikaatttt"
adoiii...kenapa dengan aku ni? tetiba je aku pikir nak kena belajar bahasa urduuuuuuuuuuu??

who am i

during my search of a nice template for my new blog, i found a short explaination of someone's profile. this person not introdusing him/herself in a typical ways. he/she used explaining about his/her personal details in questions. i found it very nice to be shared.

who am i?
Look deep into my eyes, tell me what you see?
who do you think of, when you think of me?
Am I the sweetest one, thyal, faithful friend?Or do you just use me, am I means to an end?
Am I the love of your life, the one you can't live without?Or am I just a good time, just trash you'll soon throw out?
Am I the mean person, the one that scares you?Or am I the one you torture, when you think no one will know?
Am I the forgotten person, the one that no one can see?Or you spend your nights awake fantasizing about me?
Am I the weird person the one that you put down?Or am I the funny person everyone calls the class clown?
Am i the suicidal person, the one who tries to kill the pain?Or am I the vibrant person who loves to dance in the rain?
Who do you think I am?Do you even really know?
There are so many sides of me, but only a few i ever show

8/16/2009

my first entry

Tanggal 31, bulan lapan...erkk, aku silap tarikh da, hari ni baru 16 ogos 2009. biasala aku kan anak jati Malaysia yang patriotik? (yang kadang2 terpikir nak dok UK je). hujan rintik2. nasib baik aku lelaki, tak yah pakai faundation macam perempuan. kalo tak sure muka aku dah celoreng2 macam abang askar yang nak masuk hutan. sure kalo aku mengorat awek di saat ini free2 je kena reject. aku tgh happy. perut tengah kenyang. mana taknya... sebab aku makan tak hengat kat rumah kak fariza tadi. kalau ikut nisbah apa yang aku makan tadi rasanya cukup untuk sampai ramadhan hari ketiga! biasala aku kan orang bujang. time makan2 free ni syok sekali!

walaupun di majlis itu tiada aweks2 yang single lagi jelita, tapi aku ada keluarga2 yang baik hati serta anak2 buah yang comel2 belaka. (bila plak aku nak ada anak sendiri ni?). dengan diorang ni lah aku menumpang kasih sebab family aku dok jauh..sob sob sob (sambil mengesat air mata).

untuk first entry aku ni, aku nak bagi kredit pada kawan yang sering bagi semangat untuk aku buat blog, wan syafira. kalaulah nak maintain blog ni semudah aku masak meggi (kalau letak telur best ooo) dah lama aku menjadi pemblog yang berjaya cam peladang berjaya tu (blogger dgn peladang ade kena mengena ke?). tapi takpa la. aku akan cuba try test tengok dulu macamana. bak kata member aku kayuh pelan2.

apa2pun aku cuba la... tulis apa2 yang patut daripada pemikiran, pandangan, komen, luahan seorang lelaki...