1/18/2010

tidak semanis dulu?

sudah lama saya tak ke warung Pak Mat. suasana kedai itu masih seperti dulu. meja-meja yang boleh dilipat yang disusun dilapik dengan pelapik yang agak lusuh. dari jauh saya hanya memerhatikan pak mat sibuk melayan tetamu. agak pelik pak mat tidak seceria dulu. layanannya sekadar berbasa basi dengan pelanggan.lain benar wataknya ketika kali terakhir saya ke sini dulu. kebanyakan pelanggan yang datang ramai yang muka-muka baru yang saya tidak kenali.'iman, lama tak nampak kamu? 2-3 tahun agaknya?' sapa pak mat apabila ke meja saya. saya dapat rasakan kemesraannya masih seperti dulu. ramah, penuh senyuman. 'saya ke luar negara pak mat'. jawab saya pendek. pak mat tersengih menampakkan giginya yang jarang itu. 'nak order apa?' 'kalau saya ke warung pak mat, mestilah nescafe tarik dan mee goreng pak mat yang lazat itu'. 'kamu tak berubah ye? menu tetap sama' ujar pak mat sambil tersengih.saya melontarkan pandangan sekeliling. ramai pelanggan. warung pak mat masih seperti dulu. ada sesetengah pelanggan setia pak mat masih ke situ. namun saya tetap rasa kejanggalannya. ada sesuatu yang saya rasa kekurangan. apa dia ya? saya masih mencari jawapan itu.lamunan saya terhenti. pak mat menghantar nescafe tarik dan mee goreng yang saya pesan. dia tersenyum. kemesraan terasa sama seperti tahun-tahun sebelumnya. mungkin saya antara pelanggan tetap di warungnya. dia tahu kegemaran saya. reaksi pak mat tetap sama. namun tidak begitu saya rasakan kemesraan pak mat dengan pelanggan yang lain. senyumannya bagai dibuat-buat. kenapa ya?saya menghirup nescafe tarik perlahan-lahan. kurang manis?! saya memanggil pak mat. 'pak mat, boleh tambah sedikit gula? kurang manislah' 'eh, iye ke? nanti pak mat tambahkan gula ya?' bingkas pak mat dan berlalu pergi. dia membawa kembali nescafe tarik kepada saya. saya menghirupnya perlahan-lahan. pak mat berdiri di sebelah saya.menunggu jika saya mahukan perubahan. kurang manis lagi?! pelik? saya memandang pak mat. 'macamana?' tanya pak mat. saya serba salah. 'hmmm masih kurang manis. mungkin saya minum manis agaknya' beritahu saya serba salah. 'pelik juga, rasanya pak mat gunakan kuantiti gula yang sama. kenapa masih tak manis ya?nak pak mat tambahkan lagi gula?''tak payah pak mat. tak elok kalau saya ambil gula banyak sangat. terima kasih.' 'betul kamu tak nak pak mat tambah gula?'. saya hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. pak mat beredar melayani pelanggan lain. saya memandang keadaan sekeliling. cuba mencerap.saya bangun untuk meninggalkan warung pak mat. dari jauh dia tersenyum. saya membuat konklusi sendiri. lewat 2-3 tahun ini masa telah berubah. umpama tepian pantai. pasirnya berubah tiap kali ombak mendatang.orang kata, kalau kalau kita buat sesuatu tanpa sepenuh hati atau sepenuh kasih sayang, hasilnya tidak seperti yang diharapkan. mungkin nescafe tadi hilang manisnya sepudar keceriaan pak mat? entahlah mungkin juga. mungkin nescafe pak mat tidak lagi semanis dahulu. namun nescafe itulah yang pernah menjadi kegemaran saya. tak mengapa mungkin faktor usia dan masa membuatkan nescafe pak mat tidak sesedap dahulu. namun begitu saya tetap akan menjadi pelanggannya. kerana saya tahu dia tidak akan berkecil hati jika saya memberi kritikan dan cadangan...kerana saya pelanggan setianya.

1/16/2010

tracking out of friends

when i surf the facebook i saw a very old photo. a scanned photo. i click on it. i saw very young faces, cute an innocent. well i saw some of my former friends in my secondary school. some of them i lost contact almost for about 15 years.

i click the names one by one. i was so attracted to add them as my friend list. names such suhaimi, danial, nik marina, azian, ijan, rafizi and many more. i went to their new facebook and saw their apparent look, some of them are totally different. so different. what a quick time flies!

well i am looking forward to meet them once i go back home. i promised suhaimi that i would do special bbq gathering for them. insya allah may my dreams come true!

well that is one story. the other side of good story there must be something not really..hummm good perhaps? well, i coincidently see a facebook someone that i don't want to meet for the rest of my life. for this person, i will forgive but never forget. never as i couldn't forget what that person had done to me. this person destroyed my pride and tore my emotion into pieces.

i really hope that i will never get a chance to meet this person even coincidently...

1/14/2010

kehilangan dompet

saya meneguk air suam perlahan-lahan. saya mengharapkan kehangatan air ini dapat menenangkan kesedihan dan kekacauan jiwa saya. kenapa? saya agak sedih. kenapa? kerana saya kehilangan sesuatu yang saya sayang.

bagi mereka yang mengenali,saya seorang yang amat menghargai pemberian orang. saya suka menyimpan barang2 yang dihadiahkan kepada saya. percaya atau tidak, saya masih menyimpan kad hari jadi pemberian keluarga/kawan2 sejak saya berusia 5tahun. masih tersimpan dan dijaga dengan baik di malaysia. bukan itu sahaja masih ada dalam simpanan saya kad2 hari raya pemberian rakan2 sejak saya darjah dua!

mungkin agak pelik. kenapa saya begitu menghargai pemberian orang? entah, pada saya bukan mudah orang memberikan kita sesuatukan? bukan mudah seseorang individu bersusah payah, mengeluarkan wang dan sebagainya untuk membeli atau menghadiahkan kita sesuatu kan? bukan setiap masa kita akan menjadi individu yang disayangi oleh orang lain. mungkin hari ini kita disayangi, mana tahu besok kita akan dibenci atau dimusuhi? oleh yang demikian yang tinggal hanyalah kenangan yang indah dan barangan yang mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

berbalik kepada dompet saya. tengahari tadi saya ada kelas microsoft powerpoint 2007. saya begitu leka dengan tugasan yang diberikan. amat menarik! pada akhir sessi saya bergegas ingin pulang. tiba-tiba saya dapati dompet saya tiada bersama. puas saya mencari ke sana ke mari. saya berjumpa dengan pihak keselamatan di 4 buah tempat berbeza, pusat komputer, senate house, pusat keselamatan dan akhir sekali pusat keselamatan di jabatan kimia.

saya agak hampa. semua jawapan yang sama diperoleh. tiada siapa yang datang dan memulangkan dompet saya. saya sedih bukan kerana kehilangan £15 atau kad bank, kad pelajar dan pas bas (walaupun semua ini menuntut kesabaran yang tinggi kerana proses yang rumit dan remeh). tetapi saya sedih kerana saya kehilangan dompet berjenama polo yang dihadiahkan oleh emak kawan saya pada ulangtahun kelahiran saya yang ke-29.

sebenarnya, dalam 2-3 hari ini entah mengapa intuisi saya begitu kuat mengatakan saya akan kehilangan dompet ini. namun hati saya berdoa agar itu tidak terjadi. tapi apakan daya pada hari ini saya kehilangannya.

'rasa kehilangan hanya akan ada jika kita pernah memilikinya'.

hmmm saya benar2 sedih, kerana saya kehilangan salah satu kenangan terindah saya. bukan saya tidak boleh membeli yang baru seperti yang telah saya hilang, tapi ia pasti tidak akan sama seperti yang pernah saya miliki dan saya pasti saya tidak akan memperolehnya lagi.

1/12/2010

cuak cuak dan cuak lagiiiii!

aku ni sejak minggu lepas asyik seram sejuk je! yer la satu disebabkan suhu mencecah -7C dan satu lagi sebab bila celik2 aje mata terus terpikir masa untuk extension ni makin singkat! adooiii! ikut2kan aku nak kena balik penghujung julai 10. tapi memandangkan research yang masih banyak tetiba aje aku jadi panik. member aku cakap kepanikan aku tahap maksima sehingga membuatkan aku demam! adoii!

so baru tadi aku jumpa dengan supervisor aku. duduk dan bincang pasal progress dan juga pasal tesis. nasib baik aku dah cuak habis-habisan jumaat lepas. kalau tak mau nye aku sesak napas dalam bilik supervisor aku tu. uwaaaa.. sekarang ni baru aku terkujat+terkulat2 pasal writing up! padan muka. well nak buat camana? arap2 aku boleh buat yg terbaik laaa

uwaaa...nak nanges pon takde mood baik aku pikir camana aku nak settle kan research ni. apa2pun aku berdoa agar aku mampu buat yang terbaik. tu je aku mampu sambil usaha sedaya mungkin...

huhu...mmmm semakin seram sejuk ditambahi dengan salji yang turun di luar sana..

1/10/2010

new update new year

it is cold outside, white everywhere. the temperature is minus 3. i am not feeling well since last two days. may be i have so much fun playing with snow three days ago. a bunch of thank you to my friend sam who taking care me. thanks dude

i came back to this blog. it was a while i didn't update. why? i do not know. perhaps there is not much to say or share. perhaps i love to observe. 'wide eyes, mouth shut!'. it is already 11 days i left the new year. hopefully all the new year's resolutions will be done one by one.

to start up, i think i should write more about my thought. well may be it is going to be a good way to express the feeling. i hope that i will have to to share. like paulo coelho's say..time to render time to sew

i need to stop. i need some hot drink to warm up the cold