8/17/2009

chronicles of Mat : Aisyah

pukul 5ptg waktu UK barat. saat aku tengah mengantok tak hengat. mata pulak makin tak larat nak dibuka. aku tersengguk-sengguk bagaikan bapak ayam baru lepas balik overtime. tatkala aku mula hendak berdengkur tiba2 telefon berbunyi. dadaku lantas berdebar. aishhh ape hal pulak mak aku telefon ni? kalau kat malaysia sure dah pukul 12 pagi.

'asalamualaikum' 'waalaikum salam. errr kenapo omak call ese ni?" "mat bz ko?" "tak, tak, ese tak bz pun omak. ni tongah nak buek tahi mato ni!" aku ketawa kecil. "iyo ko? tak baik tidur waktu2 asar ni..tak elok" "hehehe iyolah omak, err..kenapo omak tak tido laie ni? dah pukul berapo ni?" "nak tidolah ni, cumo nak cakap sikit dengan mat" tetiba aja jantung berdegup kencang..dag dig dug..kenapa pulak ni? "kenapo omak?" takut gak aku, kalau2 terbuat salah ke? "tadi, omak sesembang dengan kak ngah mat, dio berkonan bonar dengan cikgu sekolag baru daftar kek sekolah dio. cantik, lomah lombut..aiisshh molek bonar kalo dijodohkan dengan mat" "ini cikgu sekolah yang abg long nak konalkan kat Mat tu ko?" "eh, tak..ini kak Mat, itu abang long Mat, lain2 sekolah". perrghhh banyak betul nak kenalkan dengan aku ni? minggu lepas abang long, minggu ni kak ngah lak...fuhyooo...tau la adik derang ni kacak.. hehehe

"iyo ko omak, hehe mano2 lah. Mat ikut yo. cuma aritu adola mat email budak tampin yang abang long nak konalkan. tengok gambar, lawa omak...aduiii mato yo bulat, cantik botul, comel lak tu!" "emmm kalau Mat dah berkonan tak yah konal cikgu ni." "mmm suko tu adolah sikit. tapi bolum tentu mat ni taste dio mak, walaupun macamano mat ni hensempun kalo bukan taste dio takkan nak pakso iyo tak?pompuan kekadang bukan suko bonar dengan lelaki2 hensem lagi baik cam Mat ni. taste derang kadang2 pelik, nak yang cam pocah ghumah tu..hehehe' "hmmm macam ni lah, kalau mat dah suko, mat tahukan jalan yo? kalau mat keliru, doa banyak2 buek solat istikarah ko apo ko..?' 'baik mak' jawabku pendek.

setelah mendapatkan contact number cikgu yang nak dikenalkan oleh kak ngah aku segera bangun untuk ke meja semula. berkemas-kemas untuk pulang. aisshhh tak habis2 keluarga aku nak kenalkan aku dengan orang itu dan ini. aku tersenyum sendirian. terasa diri seperti lelaki pujaan malaya. fuhyooo...

"asalamualaikum brother' lembut aje suara tu menegur. kalau suara dah sedap, sasah orangnya lawa kan kan? hahaha teori mano lak aku pakai ni? "waalaikum salam, eh aishah? what are you doing here?" terkejut tetiba aje awek cun muncul dari belakang. oh ye aku kenal aishah minggu lepas. baru aje sampai di UK ni. buat attachment. anak kelahiran pakistan. sweet la jugak! bertudung litup...ewaahhh terasa cam ayat2 cinta plak. "i'm preparing to go home. you are mat right?" haiyooo...awek ni ingat nama aku? hehehe sasah aku ni bukan setakat jejaka pujaan malaya dah pujaan global! hahaha. "yes, mat from Malaysia" "I know, so what do you do here?" so, kitaorangpun start bersembang...

"err, mat, i need to go home. it's already 6.30pm" perrghhh boleh aku tak sedar sembang dengan awek ni dekat 2jam?? adoii terasa masa singkat jek. mau aje aku mintak jam tangan dia, pastu aku pusing balik waktu ke belakang. best oooo....sesembang dgn awek ni...kitaorang bercerita dari study, keluarga, masalah negara, bangsa, agama. perghhhh giler ahh aku dah lama tak sesembang mutual macam ni. adala dekat setahun kot.

dengan sopan aisyah meminta diri untuk berlalu. nak ke musalla katanya.solat asar. aduhhh warak awek ni. mak aku cakap kalau nak cari bini kena cari yang solehah....isk isk isk "siapa bilang gadis pakistan tak menawan, tak menarik hati, tiada memikaatttt"
adoiii...kenapa dengan aku ni? tetiba je aku pikir nak kena belajar bahasa urduuuuuuuuuuu??

No comments:

Post a Comment