Tanggal 31, bulan lapan...erkk, aku silap tarikh da, hari ni baru 16 ogos 2009. biasala aku kan anak jati Malaysia yang patriotik? (yang kadang2 terpikir nak dok UK je). hujan rintik2. nasib baik aku lelaki, tak yah pakai faundation macam perempuan. kalo tak sure muka aku dah celoreng2 macam abang askar yang nak masuk hutan. sure kalo aku mengorat awek di saat ini free2 je kena reject. aku tgh happy. perut tengah kenyang. mana taknya... sebab aku makan tak hengat kat rumah kak fariza tadi. kalau ikut nisbah apa yang aku makan tadi rasanya cukup untuk sampai ramadhan hari ketiga! biasala aku kan orang bujang. time makan2 free ni syok sekali!
walaupun di majlis itu tiada aweks2 yang single lagi jelita, tapi aku ada keluarga2 yang baik hati serta anak2 buah yang comel2 belaka. (bila plak aku nak ada anak sendiri ni?). dengan diorang ni lah aku menumpang kasih sebab family aku dok jauh..sob sob sob (sambil mengesat air mata).
untuk first entry aku ni, aku nak bagi kredit pada kawan yang sering bagi semangat untuk aku buat blog, wan syafira. kalaulah nak maintain blog ni semudah aku masak meggi (kalau letak telur best ooo) dah lama aku menjadi pemblog yang berjaya cam peladang berjaya tu (blogger dgn peladang ade kena mengena ke?). tapi takpa la. aku akan cuba try test tengok dulu macamana. bak kata member aku kayuh pelan2.
apa2pun aku cuba la... tulis apa2 yang patut daripada pemikiran, pandangan, komen, luahan seorang lelaki...
wahh...terharu...
ReplyDeletep/s: yg buat muka ppuan beceloreng mcm abg askar tu, maskara, bukan foundation...kui2..
btw, welcome to blogging world!