1/14/2010

kehilangan dompet

saya meneguk air suam perlahan-lahan. saya mengharapkan kehangatan air ini dapat menenangkan kesedihan dan kekacauan jiwa saya. kenapa? saya agak sedih. kenapa? kerana saya kehilangan sesuatu yang saya sayang.

bagi mereka yang mengenali,saya seorang yang amat menghargai pemberian orang. saya suka menyimpan barang2 yang dihadiahkan kepada saya. percaya atau tidak, saya masih menyimpan kad hari jadi pemberian keluarga/kawan2 sejak saya berusia 5tahun. masih tersimpan dan dijaga dengan baik di malaysia. bukan itu sahaja masih ada dalam simpanan saya kad2 hari raya pemberian rakan2 sejak saya darjah dua!

mungkin agak pelik. kenapa saya begitu menghargai pemberian orang? entah, pada saya bukan mudah orang memberikan kita sesuatukan? bukan mudah seseorang individu bersusah payah, mengeluarkan wang dan sebagainya untuk membeli atau menghadiahkan kita sesuatu kan? bukan setiap masa kita akan menjadi individu yang disayangi oleh orang lain. mungkin hari ini kita disayangi, mana tahu besok kita akan dibenci atau dimusuhi? oleh yang demikian yang tinggal hanyalah kenangan yang indah dan barangan yang mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

berbalik kepada dompet saya. tengahari tadi saya ada kelas microsoft powerpoint 2007. saya begitu leka dengan tugasan yang diberikan. amat menarik! pada akhir sessi saya bergegas ingin pulang. tiba-tiba saya dapati dompet saya tiada bersama. puas saya mencari ke sana ke mari. saya berjumpa dengan pihak keselamatan di 4 buah tempat berbeza, pusat komputer, senate house, pusat keselamatan dan akhir sekali pusat keselamatan di jabatan kimia.

saya agak hampa. semua jawapan yang sama diperoleh. tiada siapa yang datang dan memulangkan dompet saya. saya sedih bukan kerana kehilangan £15 atau kad bank, kad pelajar dan pas bas (walaupun semua ini menuntut kesabaran yang tinggi kerana proses yang rumit dan remeh). tetapi saya sedih kerana saya kehilangan dompet berjenama polo yang dihadiahkan oleh emak kawan saya pada ulangtahun kelahiran saya yang ke-29.

sebenarnya, dalam 2-3 hari ini entah mengapa intuisi saya begitu kuat mengatakan saya akan kehilangan dompet ini. namun hati saya berdoa agar itu tidak terjadi. tapi apakan daya pada hari ini saya kehilangannya.

'rasa kehilangan hanya akan ada jika kita pernah memilikinya'.

hmmm saya benar2 sedih, kerana saya kehilangan salah satu kenangan terindah saya. bukan saya tidak boleh membeli yang baru seperti yang telah saya hilang, tapi ia pasti tidak akan sama seperti yang pernah saya miliki dan saya pasti saya tidak akan memperolehnya lagi.

No comments:

Post a Comment