1/18/2010
tidak semanis dulu?
sudah lama saya tak ke warung Pak Mat. suasana kedai itu masih seperti dulu. meja-meja yang boleh dilipat yang disusun dilapik dengan pelapik yang agak lusuh. dari jauh saya hanya memerhatikan pak mat sibuk melayan tetamu. agak pelik pak mat tidak seceria dulu. layanannya sekadar berbasa basi dengan pelanggan.lain benar wataknya ketika kali terakhir saya ke sini dulu. kebanyakan pelanggan yang datang ramai yang muka-muka baru yang saya tidak kenali.'iman, lama tak nampak kamu? 2-3 tahun agaknya?' sapa pak mat apabila ke meja saya. saya dapat rasakan kemesraannya masih seperti dulu. ramah, penuh senyuman. 'saya ke luar negara pak mat'. jawab saya pendek. pak mat tersengih menampakkan giginya yang jarang itu. 'nak order apa?' 'kalau saya ke warung pak mat, mestilah nescafe tarik dan mee goreng pak mat yang lazat itu'. 'kamu tak berubah ye? menu tetap sama' ujar pak mat sambil tersengih.saya melontarkan pandangan sekeliling. ramai pelanggan. warung pak mat masih seperti dulu. ada sesetengah pelanggan setia pak mat masih ke situ. namun saya tetap rasa kejanggalannya. ada sesuatu yang saya rasa kekurangan. apa dia ya? saya masih mencari jawapan itu.lamunan saya terhenti. pak mat menghantar nescafe tarik dan mee goreng yang saya pesan. dia tersenyum. kemesraan terasa sama seperti tahun-tahun sebelumnya. mungkin saya antara pelanggan tetap di warungnya. dia tahu kegemaran saya. reaksi pak mat tetap sama. namun tidak begitu saya rasakan kemesraan pak mat dengan pelanggan yang lain. senyumannya bagai dibuat-buat. kenapa ya?saya menghirup nescafe tarik perlahan-lahan. kurang manis?! saya memanggil pak mat. 'pak mat, boleh tambah sedikit gula? kurang manislah' 'eh, iye ke? nanti pak mat tambahkan gula ya?' bingkas pak mat dan berlalu pergi. dia membawa kembali nescafe tarik kepada saya. saya menghirupnya perlahan-lahan. pak mat berdiri di sebelah saya.menunggu jika saya mahukan perubahan. kurang manis lagi?! pelik? saya memandang pak mat. 'macamana?' tanya pak mat. saya serba salah. 'hmmm masih kurang manis. mungkin saya minum manis agaknya' beritahu saya serba salah. 'pelik juga, rasanya pak mat gunakan kuantiti gula yang sama. kenapa masih tak manis ya?nak pak mat tambahkan lagi gula?''tak payah pak mat. tak elok kalau saya ambil gula banyak sangat. terima kasih.' 'betul kamu tak nak pak mat tambah gula?'. saya hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. pak mat beredar melayani pelanggan lain. saya memandang keadaan sekeliling. cuba mencerap.saya bangun untuk meninggalkan warung pak mat. dari jauh dia tersenyum. saya membuat konklusi sendiri. lewat 2-3 tahun ini masa telah berubah. umpama tepian pantai. pasirnya berubah tiap kali ombak mendatang.orang kata, kalau kalau kita buat sesuatu tanpa sepenuh hati atau sepenuh kasih sayang, hasilnya tidak seperti yang diharapkan. mungkin nescafe tadi hilang manisnya sepudar keceriaan pak mat? entahlah mungkin juga. mungkin nescafe pak mat tidak lagi semanis dahulu. namun nescafe itulah yang pernah menjadi kegemaran saya. tak mengapa mungkin faktor usia dan masa membuatkan nescafe pak mat tidak sesedap dahulu. namun begitu saya tetap akan menjadi pelanggannya. kerana saya tahu dia tidak akan berkecil hati jika saya memberi kritikan dan cadangan...kerana saya pelanggan setianya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment