8/01/2010

hari pertama ogos

perghhh, lama bebeno aku tak meng'up date'kan blog ni. penuh dengan sawang nampaknya. bukan tak teringin nak update tapi, agak kesuntukan masa (alasan biasa). yep, seriously aku kesuntukan masa. insya allah aku akan start balik menulis blog ni. hmm, rasanya sekarang baru lah ada sedikit masa nak menulis2 ni. mmm insya allah kena siapkan keroje meng'edit' tesis dulu. lepas tu baru le boleh aktifkan diri menulis dan menyiapkan beberapa projek penulisan. yang penting aku kena study bersungguh2. dah lama dah tak study 'like hell'. tapi sekarang ni nak kena baca banyak benda terutama buku2 teks yang berkaitan dengan subjek yang dipelajari.

diam tak diam sedikit masa lagi kita akan menemui bulan yang dirahmatiNya. masa kecik2 dulu nak masuk bulan ramadhan aja, teringat kemeriahan untuk berbuka dan juga berhari raya. tapi itu dulu, sekarang mungkin aku lebih ternanti2 menjelang ramadhan berbanding syawal. sekali lagi kalau dipanjangkan usia aku akan berhari raya untuk kali ke empat di bumi Inggeris ini. orang selalu berkata, mesti tak best berhari raya di UK ni. entah, itu mungkin pada pendapat orang, tapi pada aku, raya di UK best aje! lagi best banding dengan malaysia (cess dasar lupa daratan!) hahahha.

tapi aku rasa ada betulnya. sebab kadang2 yang jauh tu lah yang membuatkan kita rasa dekat. atau apabila kita sedikit itulah kita akan lebih menghargai dan menyayangi antara satu sama lain. tapi itulah orang kata, biar hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan batu di negeri sendiri...

No comments:

Post a Comment