8/02/2010
terkenang semasa dulu menjelang ramdhan dan syawal
''bila wan nak balik malaysia?'' ''insya allah dalam tahun ini juga'' ''raya ni?'' ''hmm rasanya berhari raya lagilah di bumi Inggeris ni'' ''kali ke berapa?'' ''dah kali keempat agaknya''. itu antara dialog2 biasa yang selalu ditanya oleh kaum kerabat dan saudara mara di malaysia. aku menghitung hari. kurang daripada 2 minggu insya allah, jika diberi kesempatan aku akan diketemukan lagi dengan bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan. terkenang semasa kecil dahulu, tatkala menjelang ramadhan keluargaku sibuk membuat persiapan. abah akan membawa aku ke kedai jahit untuk menempah baju. manakala kakak2 pula akan ke kedai kain membeli kain ela untuk dibuat baju. selalunya baju kurung kakak2 emak yang jahit.masuk sahaja bulan ramadhan, selalunya allahyarhamah kakakku akan sibuk membeli bahan2 untuk dibuat kuih. kadang2 emak pula menjemur tepung dan gula. buat persiapan untuk membuat kuih baulu dan kuih tradisional yang lain. kalaulah bulan puasa, emak akan bangun awal. seawal jam 3 pagi. memasak untuk kami. kadang2 selepas subuh dan mengaji emak akan mula menjahit, sama ada baju2 kurung kakak ataupun menjahit langsir baru.bila petang aku akan mengikut abah ke pasar ramadhan untuk membeli sedikit juadah berbuka. bukan setiap hari, kadang2 saja. kata abah dia tak mahu membazir. sekadar membeli air tebu atau soya dan beberapa keping kuih. tapi yang paling seronok, berkayuh basikal ke masjid. ikut abah pergi ambil bubur lambuk. sedap sangat bila dimakan dengan kerabu taugeh.kalau sebelah malam, selalunya aku akan mengikut abah untuk ke masjid. solat sunat tarawih. kadang2 aku akan terlena di tiang masjid. letih sebab siangnya berpuasa. kalau masuk malam tujuh likur (27 ramadhan) aku selalu keluar ke laman rumah. tengok begitu banyak lampu pelita yang menghiasi rumah. kalau di kuala kangsar, ada pula pesta pelita atau dipanggil panjut. kadang2 lepas terawih abah akan bawak aku dan kakak2 mengelilingi pekan kuala kangsar. selalunya aku tak sabar menunggu petang penghujung ramadhan. hari orang menengok anak bulan syawal. kalau esoknya raya, malam itu kami sibuk mengemas rumah. emak pula sibuk memasak rendang dan daging hitam untuk dimakan bersama-sama lemang atau ketupat. kalau pagi raya, aku adalah antara orang yang paling teruja. pagi2 dah mandi. pakai baju melayu baru. sebelum bertolak ke masjid, semua keluarga berkumpul. sama2 memohon ampun dan maaf.tapi itu dulu.masa emak masih kuat dan tidak sakit2 seperti sekarang. abah pula, matanya masih terang dan telinga masih jelas mendengar. masa abah belum lagi kena strok, masa abah masih mengenali semua cucunya.masa abang dan kakak masih belum berkeluarga sendiri. masa anak2 saudara tak sabar-sabar beratur, berhimpun di rumah untuk memungut duit raya. tahun ini aku masih belum berkesempatan untuk berkumpul. tak apalah.insya allah ada orang2 yang aku anggapseperti keluarga sendiri di sinipu,n aku amat bersyukur. adat orang merantau. walaupun bukan mengalir darah yang sama, kadang2 akrabnya lebih berbanding dengan keluarga sendiri itulah;kadang-kadang masa susahlah sebenarnya senangsemua bersatu, saling bantu membantukadang-kadang bila berjauhan itulah sebenarnya buat kita dekatsebab kita saling merindukadang-kadang masa sedikitlah kita akan rapat, saling mengambil tahusebab bila banyak kita selalu buat tak kisah dan buat tak tahutetapi selalu terjadi, kita tak tahu apa yang kita milikisehingga pada suatu hari baru kita sedari, sebenarnya kita telah lama kehilangannya, sebab kita tak pernah hargai apa yang kita milikiinsya allah tahun ini akan menjadi tahun terakhir beraya di bumi Inggeris ini. namun begitu,saya tidak tahu adakah sambutannya semeriah di sini apabila saya kembali ke tanahair sendiri?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment