8/03/2010

secangkir kopi itali

baru-baru ini saya berkunjung ke rumah seorang abang. lama benar saya tidak menziarahinya kerana kekangan kerja yang banyak. sesampainya saya di rumahnya, saya disambut mesra olehnya. ''wan minum kopi?'' tanyanya hormat sebaik sahaja saya melabuhkan punggung di atas sofa yang empuk. ''apa-apa saja abang'' ujar saya ringkas. segan pula menyusahkan tuan rumah. maklumlah tujuan utama sekadar menziarah. ''hah kalau begitu wan kena cuba kopi yang abang baru beli dari Itali'' ''eh, abang ke Itali? bila pula tu?'' ''minggu lepas, ada seminar di sana. kemudian rakan abang dari Itali mencadangkan abang rasa kopi yang disediakan khas di Itali. enak sungguh! hah, ini pertama kali abang ingin mencubanya'' ujarnya begitu teruja.

sambil dia memanaskan air, sempat dia bercerita.''wan, kau tahu, yang sebenarnya kopi tidak ditanam di Itali. namun begitu kopi menjadi satu nilai estetika dan gaya hidup di sana. biji2 kopi yang dipanggang di kawasan berbeza akan menghasilkan rasa dan aroma yang berbeza. kau tahu wan cappucino dan brioche diminum oleh orang2 itali di waktu pagi. manakala ''granita di caffè con panna'' diminum untuk menghilangkan dahaga terutama pada waktu tengahari yang terik.'' ''wah, menarik sungguh ya abang. kalaulah saya berpeluang lagi ke sana, insya allah saya akan mencuba kopi pula kali ini. sebab dulu saya hanya sempat menikmati coklat panasnya sahaja''

''ah, sudah siap'' ujar abang sambil menghulurkan secawan kopi kepada saya. ''kalau wan ingin sediakan kopi susu, abang dah letakkan susu dalam bekas itu'' ujarnya sambil menuding ke bekas bewarna putih di atas meja. ''terima kasih''

''alamak kelatnya!'' rengusnya. saya cuba sisipkan sedikit kopi. betullah sangat kelat. ''err, biar abang tambahkan gula pula'' bingkasnya sambil mencapai cawan di tangan saya dan segera ke dapur. ''alamak termanis pula!'' bentaknya. saya hanya tersenyum melihat gelagatnya. dia masih tidak berpuas hati, lalu menambah sedikit air panas. dengan berhati-hati disudukan sedikit air kopi. tergambar di wajahnya harapan agar kali ini kopinya sempurna. ''ahhhh...tawar pula!'' ujarnya geram.

''wan, tunggu sekejap lah ya, abang panaskan sekali lagi air. aishhh kenapa sukar betul nak menyediakan kopi yang lazat ni? mentang2lah kopi baru dari itali!''. saya hanya tersenyum. kelakar melihat abang itu. macam-macam.

tiba-tiba abang itu ketawa sendirian. saya menjadi pelik. apa yang sangat melucukan itu? ''kenapa bang? tiba2 sahaja abang ketawa ni. pasal kopi tak jadi kah?'' ''ye, pasal kopi ni lah..susah betul ya nak sediakan kopi yang lazat. tiba2 teringat pula kopi ni macam juga kehidupan dan hubungan sesama manusia'' ujarnya. masih ada sisa-sisa ketawa yang kedengaran. saya menjadi keliru. ''kenapa ya abang? saya kurang faham.''

''oh, macam ni wan. dalam kehidupan, apabila kita bertemu dengan sesuatu atau seseorang yang baru, kita akan mencuba pelbagai kaedah untuk membuatkan kombinasi (hubungan) itu menjadi sempurna. macam abang sediakan kopi tadi. 1 sudu kopi, 2 sudu gula.sebagai alternatif kita boleh tambahkan susu. tapi kadang2 segala usaha kita itu sia-sia. macam abang sediakan kopi tadi. tawarlah, manislah, kelatlah. namun begitu kita akan terus berusaha untuk mencapai satu hubungan ideal yang kita telah set kan dalam minda. namun begitu kadang2 apa yang kita usahakan, hasilnya tidak sama seperti yang kita impikan. jadi kini kita ada dua pilihan. sama ada terus berusaha dengan membuat pelbagai pengubahsuaian, atau kita bermula daripada mula (seperti abang sediakan semula kopi). atau sebagai jalan mudah, kita tinggalkan sahaja dengan satu alasan, kopi ini memang tidak sedap!''

''hahahahaha'' kami sama2 ketawa. ''saya mungkin memilih option yang paling mudah tu'' ujar saya berseloroh. ''abangpun! hahahaha''balasnya sambil ketawa. ''jadi apa kata kalau kita batalkan aja niat untuk minum kopi. apa kata kita minum jus apple saja?'' ujarnya sambil menghulurkan air kotak berperisa apple. kami sama2 tersenyum.

No comments:

Post a Comment