8/06/2010

untuk anak2 saudara perempuan yang disayangi

acu melihat gambar keluarga yang acu bawa 3 tahun lepas. ada ija, nana, een, olin,faiza dan atirah. 3 tahun berlalu amat cepat. acu tengok gambar2 mereka sekarang. ija dah 24, nana 22, een dan olin (17), faiza (18) dan atirah 14. wahhh.. terasa acu makin tua!acu tersenyum. melihat anak2 buah membesar. kalau dulu boleh didukung kini tidak lagi. kalau dulu bolehlah marah2, lepas tu diorang ni menangis. tapi sekarang? pendekatan perlu lebih diplomasi. anak2 zaman millenium. harap2 warisan akhlak tetap tersemat. biarpun arus modenisasi, akar kena kukuh dan kuat. biar jadi perempuan melayu yang intelek, cantik, berbudi dan beragama.

bila diingatkan anak2 buah acu ni dah besar, kadang2 buat acu semakin risau. kalau mereka dulu kecil, bolehlah acu atau keluarga 'protect' mereka. tapi sekarang mereka dah besar. ada orang kata, dah besar senang nak jaga. tapi tidak bagi acu, lagi risau. dunia hari ini tidak menjanjikan kita boleh peroleh keamanan di mana-mana.

anak2 buah yang dah besar dan cantik ni mesti lah ada yang nak kenal2 kan? (eleh kalau masa comot2 berhingus..hurmmmm.....). tapi tulah, orang kata rambut sama hitam, tapi hati lain2. kalau ada alat boleh x-ray hati baguslah. ini tidak. jadi kena berhati2. kawan biar seribu. tak salah kalau nak berkawan, tapi kena tau batasan. sebab tu kita ada pegangan. sebab agama itu sendiri menggariskan sampai mana sempadan yang kita boleh pergi.

mungkin acu dibesarkan dalam arus konvensional. semasa dulu, kalaulah kakak2 acu ke luar ke pekan, pasti diteman oleh abah atau abang. jarang ada lelaki berani mendekati kakak2 acu. abah dan abang2 sangat2 protective. mungkin ada orang melabelkan mereka ini 'over protective'. tapi acu rasa cara begitu lebih selamat. kita akan cuba lindungi sedaya upaya orang yang kita sayangkan?

tiba-tiba acu teringat lagu beyonce, single ladies. rasanya elok acu tujukan lagu ini pada anak2 buah acu. ini sebahagian lirik daripada lagu itu.

Cuz if you liked it then you should have put a ring on it
If you liked it then you shoulda put a ring on it
Don’t be mad once you see that he want it
If you liked it then you shoulda put a ring on it

kepada anak2 buah yang disayangi....tengok, beyonce tu pun cakap, dalam hubungan ini kalau nak main2..good bye darling! beyonce yang famous tu pun nak kawin (dah kawin dengan jay-z). there is a tip. generally man is a playful creature. he likes to play. but when it comes to a relationship, when he likes someone he will try his best to get the person he loves. selalunya lelaki akan bersungguh-sungguh kalau orang tu betul2 dia sayang. kalau tak..hmmm you'll become another barbie doll in his game!another beautiful toy...pastu dia boleh cakap..that was my EX... (nauzubillah minta dilindungkan)

teringat acu satu kisah yang pernah dilalui oleh acu dan kawan2. di mana? rahsia. macamni, masa tu ada seorang awek yang paling cun acu dan kawan2 kenal.(hey trust me darling, when i say she is beautiful.. i really mean it!). bukan itu saja, bijak (4.0 pointer beb), baik budi perkerti dan sangat2 beragama (muslimah abis). kira ni complete package lah!

jadi kawan2 naqib (ketua kumpulan agama) berhasrat nak me'nackle awek cun ni. tapi semua dia tak layan. akhir sekali kami dengar dia bertunang (masa tu) dengan seorang kawan kami (bukan dari geng2 surau) tapi mamat ni baiklah. semua terkejut! rupa2nya dia akan terima sesiapa sahaja yang berani jumpa dengan parents dia. perrghhhh..melepas semua orang (termasuk acu).

so the moral of the story. it worth to be a bit expensive. you have to value yourself. the price is not about how much the dowry (huhuhu :(( ). tapi lebih kepada harga diri, akhlak dan sifat terpuji.cantik tu subjektif. tapi, walau bagaimana cantikpun tanpa akhlak yang baik, buruknya tetap terselah. apa2pun acu doakan semoga allah anugerahkan orang yang baik2 sebagai peneman hidup anak2 buah acu nanti. amin

No comments:

Post a Comment